Sunday 12 June 2016

Lamborghini paling laju dijual pada harga RM7.75 juta



LOS ANGELES – Sebuah Lamborghini ultra Centanario buatan Amerika Syarikat yang dikatakan terpantas dan paling jarang ditemui, buat pertama kali dipamerkan kepada orang ramai di Muzium Automotif Petersen di sini kelmarin.
Kereta itu mampu bergerak dari 0 ke 99 kilometer sejam (km/j) dalam masa cuma 2.8 saat serta boleh mencapai kelajuan sehingga 349km/j.
Kereta sport berharga AS$1.9 juta (RM7.75 juta) itu bagaimanapun dikeluarkan dalam unit terhad iaitu sebanyak 40 buah sahaja seluruh dunia.
Lamborghini berkenaan dinamakan sebagai Centanario sebagai pengiktirafan 100 tahun ulang tahun kelahiran pengasas syarikat itu, Ferruccio Lamborghini yang lahir pada 28 April 1916.
Centenario dilengkapi 776 kuasa kuda iaitu enjin paling berkuasa yang pernah dibina oleh syarikat itu selain menggunakan kerangka karbon fiber menyebabkannya ringan serta tampil dengan aerodinamik terkini.
Kereta mewah itu bagaimanapun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisinya terutamanya dari segi reka bentuk yang tajam pada bahagian hadapan dan sayap pintu. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4BPE7dFLR 
Hakcipta terpelihara 

1 comment:

  1. Mahir-It: Lamborghini Paling Laju Dijual Pada Harga Rm7.75 Juta >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Mahir-It: Lamborghini Paling Laju Dijual Pada Harga Rm7.75 Juta >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Mahir-It: Lamborghini Paling Laju Dijual Pada Harga Rm7.75 Juta >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK tj

    ReplyDelete