Monday, 26 September 2016

10 Platform E-Commerce Terbaik Untuk Kedai Online Anda

Mencari platform e-commerce yang terbaik untuk membina kedai online anda adalah satu tugas yang mungkin sedikit sukar dan mengelirukan – terutamanya jika anda masih lagi baru kepada dunia e-commerce ini.

Jika anda berfikir untuk memulakan kedai online anda sendiri dan mencari beberapa idea untuk perisian e-commerce  yang terbaik untuk digunakan, artikel ini diharap akan dapat membantu anda membuat keputusan yang terbaik.

Secara umumnya terdapat 2 jenis kategori perisian e-commerce  yang boleh anda gunakan untuk membina kedai online anda,iaitu :-

Hosted Shopping Cart
Self-Hosted Shopping Cart
Hosted Shopping Cart

Perisian e-commerce jenis “Hosted Shopping Cart” selalunya adalah lebih mesra pengguna. Jika dalam dunia blogger, ianya ibarat blogspot. Dimana, anda hanya perlu daftar sebagai pengguna untuk membuka akaun kedai online anda dan kemudian, lakukan beberapa tetapan, upload gambar produk anda, dan siap! Anda sudah boleh menjual produk anda menerusi website e-commerce anda sendiri.
Ianya agak mesra pengguna dan pemilik kedai sudah tidak perlu susah payah memikirkan hal-hal teknikal seperti server, bandwith, database dan sebagainya. Pengguna hanya perlu klik-klik dan drag sahaja untuk menghasilkan kedai online mereka. Ianya membolehkan pengguna memiliki kedai online dengan sangat mudah dan pantas!

Namun begitu, sedikit kelemahan bagi perisian e-commerce jenis “hosted shopping cart” ini, ialah,  ianya kurang flexible, dimana anda tidak boleh mengubahsuai kod serta fungsi-fungsi yang terdapat padanya. Fungsinya terhad kepada apa yang mereka sediakan sahaja. Jadi, amat penting untuk anda mengetahui secara terperinci, apakah fungsi-fungsi yang disediakan oleh sesuatu perkhidmatan “hosted shopping cart” ini sebelum anda memilih dan menggunakan perkhidmatan mereka sebagai platform kepada kedai online anda.

Tambahan lagi, aplikasi e-commerce jenis “hosted” ini, akan mengenakan bayaran secara bulanan kepada pengguna. Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan perniagaan kedai online, perkara ini mungkin kelihatan membebankan. Tetapi, jika anda berfikir seperti seorang usahawan sebenar, ianya mungkin tidak menjadi masalah besar kerana, anda akan melihatnya sebagai sebahagian dari kos serta modal di dalam menjalankan perniagaan.

Untuk memudahkan anda, disini kami senaraikan 5 website yang menyediakan platform e-commerce secara “hosted shopping cart” yang boleh anda pilih dan gunakan.

1. Shoppify



Shopify adalah merupakan antara aplikasi e-commerce terawal yang ditawarkan secara “Hosted”. Harganya bermula dari RM46 sebulan dengan had sebanyak 150 produk, dan plan yang paling mahal pula  adalah berharga RM557 sebulan dengan tiada had pada bilangan produk.

Jika mahu dibandingkan dengan kos sewaan kedai fizikal, sudah pastinya, ianya adalah lebih murah. Tambahan lagi, jika mahu dibandingkan dengan website-website lain, harga plan yang ditawarkan oleh pihak shopify sebenarnya adalah antara yang termurah.

Kelebihan shopify ini, ialah, ia mempunyai banyak template dan aplikasi yang boleh diintegrasikan kepadanya untuk memboelhkan kedai online menjadi lebih canggih. Sistem bayarannya juga boleh diintegrasikan dengan ipay88.com , iaitu sebuah syarikat penyedia perkhidmatan”payment gateway” di Malaysia

Apa yang lebih menarik lagi, jika anda mempunyai kedai offline, anda juga turut boleh menggunakan perkhidmatan Shopify POS (Point-Of-Sales), dimana, dengan cara ini, ianya membolehkan  inventori produk anda di website dikemaskinikan secara automatik. Ianya adalah satu perkara yang sangat penting dan membantu bagi mereka yang turut mempunyai kedai offline bagi perniagaan mereka.
Antaramukanya juga sangat mesra pengguna dan mudah untuk digunakan. Percubaan percuma selama 14 hari juga turut disediakan.

DAFTAR SHOPIFY DISINI

2. Bigcommerce


Bigcommerce adalah satu lagi platform e-commerce yang mempunyai reputasi yang baik yang membolehkan anda membina kedai online anda tanpa perlu pening dengan hal-hal teknikal yang mengelirukan. Ianya baru ditubuhkan pada tahun 2009 dan sesuai untuk digunakan bagi menjual pelbagai produk termasuk seminar dan juga perkhidmatan.

Terdapat begiu banyak fungsi pada BigCommerce dan ini mungkin sedikit memeningkan bagi peniaga-peniaga kecil yang mungkin memerlukan sistem e-commerce yang lebih ringkas dan mudah.
Ianya adalah merupakan pesaing yang paling hampir dengan Shopify.

Antara kelebihan BigCommerce, ialah, ia turut mempunyai banyak aplikasi tambahan yang boleh anda pasang pada kedai online anda, dan antara aplikasi yang menarik adalah aplikasi facebook dan ebay yang membolehkan anda turut menjual produk anda di kedua-dua platform popular itu.  Ia menyokong sistem bayaran paypal.

Namun begitu, pakej yang ditawarkan agak sedikit mahal berbanding shopify, iaitu bermula dari $34.95 sebulan (~ RM120) dan pakej tanpa had pula adalah pada harga $199.95 sebulan (~RM685)

DAFTAR BIGCOMMERCE DISINI

3. Weebly eCommerce

Weebly sebenarnya adalah merupakan sebuah aplikasi pembina website biasa sahaja. Namun begitu, ia juga turut menyediakan fungsi e-commerce bagi mereka yang mahu menjual produk mereka secara online menerusi website yang mereka bina di weebly. Anda boleh lihat ciri-ciri e-commerce yang disediakan disini.

Ciri-ciri e-commerce yang ditawarkan juga agak menarik dan memenuhi perkara-perkara asas bagi membina sebuah kedai online di internet. Menerusi platform weebly, anda bukan sahaja boleh menjual produk fizikal, tetapi juga turut boleh menjual produk digital. Ia menyokong sistem bayaran paypal.

Plan untuk membolehkah anda menggunakan fungsi e-commerce adalah “Plan Bussiness” dengan bayaran sebanyak $25 sebulan. (~RM85)

4. Ecwid
Ecwid store looks perfect on any smartphone and automatically adapts to your customer’s screen size — laptops, tablets, smart TVs or smart watches
Ecwid adalah platform e-commerce yang sedikit unik berbanding platform yang lain. Ia bukan sahaja berupaya menghasilkan kedai online secara hosted di server mereka, tetapi turut menyediakan widget yang membolehkan anda memaparkan kedai online anda di facebook, blog atau mana-mana website milik anda. Tidak kira blog anda itu dibina menggunakan wordpress, html, joomla, blogger, thumblr ataupun apa-apa sahaja platform. Asalkan anda boleh letakkan kod javascript pada website anda, maka anda boleh paparkan kedai online anda yang dibina menerusi ecwid.

Ecwid bukan sahaja menyokong penjualan produk fizikal, tetapi ia turut menyokong penjualan produk digital. Lebih menarik lagi, sistem pembayaran ecwid juga boleh di integrasikan dengan penyedia “payment gateway” Malaysia , iaitu dari ipay88.com dan juga Molpay.com

Mereka juga turut menyediakan plan PERCUMA, bagi penjualan 10 buah produk dengan ruangan simpanan dan bandwith tanpa had. Manakala plan paling mahal pula berharga  $82.50 sebulan (~RM290).


5. Magento Go
image_left
Selain menyediakan aplikasi ecommerce secara sumber terbuka, magento juga turut menyediakan platform ecommerce jenis “hosted” yang diberikan nama Magento Go.

Perkara paling menarik pada magento ialah, ianya tiada caj transaksi. Anda boleh menjual sebarapa banyak produk dan tiada sebarang caj transaksi dikenakan.

Magento Go merupakan platform eCommerce yang sangat “power” jika digunakan sepenuhnya. Ini kerana, terdapat pelbagai extension yang boleh anda pasang dan gunakan pada magento go. Ia juga mempunyai sokongan dalam pelbagai bahasa.

Terdapat plan percubaan selama 30 hari secara percuma. Selepas itu anda boleh melanggan pakej permulaan dengan bayaran sebanyak $15 sebulan (~RM50). Manakala pakej paling mahal adalah pada harga $125 sebulan (~RM425) dengan bilangan produk maksimun adalah 10,000 jenis produk. Tiada pelan “tanpa had” (unlimited) yang ditawarkan oleh pihak magento.


Self-Hosted Shopping Cart

Jika anda tidak berminat untuk membuat bayaran bulanan bagi kedai online anda, maka, platform e-commerce jenis “self-hosted” lebih sesuai untuk anda. . Untuk platform e-commerce jenis ini, anda perlu mempunyai hosting anda sendiri. Terdapat banyak pelatform ecommerce “self hosted” yang percuma di internet yang boleh anda muatturun dan pasangkan di hosting anda bagi membina sebuah kedai online bagi perniagaan anda.

Jika dalam dunia blog, ianya ibarat wordpress. Ianya mmerlukan sedikit kemahiran teknikal. Tetapi, tidaklah begitu sukar, lebih-lebih lagi jika anda mengunakan hosting yang mempunyai perisian “softaculous”.  Ianya membolehkan anda memilih dan memasang skrip-skrip e-commerce ini hanya dengan beberapa klik sahaja ke dalam website anda menerusi cpanel yang disediakan oleh pihak webhosting.

Antara perisian e-commerce sumber terbuka jenis “Self-Hosted” yang boleh anda gunakan bagi membina website e-commerce anda ialah :-

1. OsCommerce

OsCommerce adalah merupakan antara  perisian e-commerce yang terawal diperkenalkan di internet, iaitu kira-kira 12 tahun yang lalu. Disebabkan  itu  terdapat banyak addon, template serta komuniti yang memberikan sokongan terhadap perisian ini.

Namun begitu, sokongan versi naiktaraf yang agak perlahan menyebabkan ramai yang beralih arah kepada perisian e-commerce yang lain. Tahap sekuritinya juga sangat lemah dan ia seringkali menjadi sasaran pengodam-pengodam di internet.

Satu-satunya kelebihan yang terdapat pada OsCommerce ialah, ianya percuma dan mempunyai lebih 7,000 addon yang boleh dipasang kepadanya untuk melakukan pelbagai fungsi menarik pada kedai online anda.

Kekurangannya, antaramuka bahagian admin OsCommerce agak sukar digunakan dan kurang mesra pengguna. Tambahan lagi, template asasnya juga sangat kurang menarik. Jika anda ingin menggunakan perisian OsCommerce ini, anda wajib mencari template/themes yang lain untuk dipasangkan kepada kedai online anda agar ianya kelihatan lebih profesional dan menyakinkan kepada pelawat-pelawat website anda. Oh ya! Untuk menukar template pada OsCommerce  juga sebenarnya adalah sesuatu yang agak rumit.


2. Zencart


Zencart adalah merupakan projek serpihan daripada OsCommerce yang mana lebih mudah sedikit digunakan dan dibina berasaskan template.  Ianya mula diperkenalkan pada tahun 2003, dan terdapat banyak juga tutorial serta dokumentasi mengenai cara mengunakannya.

Zencart juga mempunyai banyak plugin percuma yang boleh digunakan dan turut menyokong beberapa fungsi serta teknik pemasaran seperti newsletter, kupon dan banner iklan.

Dari segi kekurangan pula, fungsi SEO pada zencart sangat teruk dan template percuma yang ditawarkan juga sangat buruk.

3. Opencart

Opencart juga adalah aplikasi percuma yang boleh anda gunakan untuk membina website e-commerce anda. Ianya lebih ringkas dan paling mudah digunakan berbanding perisian e-commerce “self hosted” yang lain. Ini kerana, opencart sememangnya dibina untuk kegunaan mereka yang baru hendak memulakan kedai online.

Disebabkan itu, fungsi-fungsinya juga agak terhad dan ringkas, tetapi, ianya boleh ditambah baik dengan modul-modul add-on yang dibina khas untuknya. Kelebihan Opencart ialah, ianya mesra SEO dan terdapat banyak themes yang cantik dan profesional yang dibina untuknya. Komuniti pengguna opencart juga sangat aktif dan terdapat banyak bahan rujukan mengenai opencart terdapat di internet.

Manakala kelemahan yang ketara adalah pada bahagian membina laporan, dimana, laporan jualan yang dihasilkan pada opencart terlalu ringkas. Jika anda menggunakan sesuatu versi opencart, anda tidak begitu digalakkan menaiktaraf versi opencart anda apabila ada versi terbaru yang dikeluarkan, in kerana fungsi kemaskininya tidak begitu baik dan boleh menyebabkan pelbagai error yang memeningkan kepala muncul di website anda.

4. PrestaShop

Prestashop boleh dikatakan aplikasi e-commerce generasi baru yang agak menyerlah. Ia dikatakan sesuai untuk digunakan pada semua saiz perniagaan, tidak kira yang kecil, yang baru bermula ataupun untuk perniagaan yang besar.

Fungsi SEO pada prestashop juga dikatakan adalah yang terbaik. Selain itu, fungsi-fungsi teknik pemasaran tahap “advanced” juga turut terdapat pada prestashop seperti newsletter, loyalty program, email auto followup, kupon, voucher dan sebagainya. Tambahan lagi, fungsi analisa dan laporan lengkap juga turut disediakan.

Satu-satunya kelemahan yang terdapat pada prestashop ialah, ianya agak kurang mesra pengguna, terutamanya bagi mereka yang tiada langsung kemahiran dalam pengaturcaraan (programming). Ini kerana, prestashop dikatakan mempunyai banyak bug dan sokongan untuk memperbaiki bug tersebut juga dikatakan hampir tiada. Kebanyakkan template serta modul nya juga dikatakan sudah lapuk dan tidak boleh digunakan.

Ringkasnya, prestashop lebih sesuai untuk digunakan bagi mereka yang mempunyai keupayaan dan kemahiran pada pengaturcaraan (programming). Jika tidak, anda mungkin akan menghabiskan lebih banyak masa di dalam hal-hal berkaitan teknikal berbanding hal berkaitan perniagaan anda.

5. Magento

Ini adalah pilihan terakhir bagi aplikasi e-commerce jenis “self-hosted” dan ianya mungkin menjadi solusi terbaik kepada mereka yang mahu memiliki website e-commerce menggunakan hosting sendiri tanpa perlu terikat pada bayaran bulanan (sepertimana yang dikenakan oleh platform e-commerce jenis hosted shopping cart).

Terdapat 2 versi aplikasi ecommerce dari Magento. Iaitu…
Magento Community
Magento Enterprise

Apakah perbezaan keduanya?

Magento community adalah 100% percuma, dan anda boleh download aplikasi ini serta memasangnya di website anda. Ia juga merupkan aplikasi sumber terbuka, jadi anda boleh mengubah kod aturcara aplikasi ini (itupun jika anda mahir bab pengaturcaraan). Dari segi support pula, anda hanya boleh dapatkan support dari komuniti pengguna-pengguna magento yang lain dengan merujuk di forum-forum atau artikel-artikel yang terdapat di internet. Tiada support istimewa dari kakitangan magento kepada pengguna Magento versi komuniti.

Manakala Magento enterprise pula adalah merupakan aplikasi versi berbayar. Penggunaannya lebih kepada syarikat-syarikat besar. Ini kerana, perisian Magento versi berbayar ini sangat mahal yurannya, adalah sebanyak $15,500 setahun (~RM53,000). Versi Magento Enterprise ini disertakan sekali dengan khidmat pemasangan, konfigurasi dan penyelesaian masalah (trouble shooting). Ia juga mempunyai fungsi marketing yang “advanced” seperti loyalty program, kupon, kiraan tax, pesanan email automatik, automatik upsell dan sebagainya.

Apakah kelebihan magento community berbanding perisian e-commerce yang lain?

Kelebihan paling utama adalah pada sokongan pihak komuniti pengguna Magento ,  ia mempunyai forum serta pangkalan data pengetahuan (knowledge base) yang sangat besar dan hampir lengkap. Selain itu, terdapat juga beribu template yang profesional yang mesra mobil dengan harga yang berpatutan.

Satu-satunya kelemahan yang terdapat pada Magento community ialah, dikatakan, website e-commerce yang dibina menggunakan platform Magento community ini agak perlahan dan berat sedikit untuk dibuka, ianya disebabkan tiada fungsi “page-caching” pada versi Magento community.

Di sebabkan itu, Magento lebih sesuai digunakan untuk perniagaan tahap sederhana dan besar yang mempunyai beribu produk. Ia kurang sesuai untuk mereka yang baru hendak bermula secara kecil-kecilan.

Kesimpulan

Memilih platform e-commerce adalah merupakan satu perkara yang penting dan kritikal bagi perniagaan online anda. Ini kerana, apabila anda sudah mula membina kedai online anda pada sesuatu platform, ianya agak sukar untuk anda bertukar kepada platform yang lain pula di masa hadapan. Terlalu banyak kerja perlu dilakukan dan anda mungkin terpaksa memulakannya semula dari awal. Lebih-lebih lagi jika anda sudah ada beribu-ribu produk, anda mungkin terpaksa “key-in” semula semua data-data produk anda keapda platform yang baru.

Oleh itu, jangan memandang ringan di dalam memilih platform untuk website e-commerce anda.
Platform e-commerce jenis “Hosted Shopping Cart” adalah amat sesuai untuk mereka yang mahu bermula dengan pantas dan tidak mahu pening kepala memikirkan hal-hal teknikal. Ini kerana, “hosted shopping cart” akan menguruskan segala hal berkaitan server, naiktaraf sistem, bug pada kod, bandwith dan sebagainya.

Satu-satunya perkara yang perlu difikirkan apabila mahu memilih e-commerce jenis “hosted” ini adalah tentang ciri-ciri serta fungsi-fungsi yang terdapat padanya. Adakah ianya memenuhi keperluan perniagaan anda?

Manakala bagi mereka yang mempunyai sedikit kemahiran teknikal (sama ada sendiri atau mengupah staf), maka, platform e-commerce jenis “self-hosted” mungkin menjadi pilihan yang terbaik.
Ringkasnya, jika anda benar-benar mahu berniaga di internet menggunakan website e-commerce secara serius dan mahu bermula dengan pantas dan dalam masa yang sama tidak mahu pening kepala memikirkan perihal berkaitan teknikal. Platform ecommerce jenis “hosted shopping cart” mungkin lebih sesuai untuk anda.

Manakala, jika anda baru sahaja ingin bermula dan masih lagi diperingkat mahu mencuba-cuba dan belum bersedia mengeluarkan kos bulanan, mungkin platforn ecommerce jenis “self-hosted” lebih sesuai untuk anda.

Sekian, semoga artikel ini memberikan anda serba sedikit manfaat dan dapat membantu anda membuat keputusan di dalam memilih platform e-commerce yang terbaik untuk kedai online anda.


SUMBER











No comments:

Post a Comment