
Pilihan No#1 di Malaysia: Ratusan Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan Kerajaan dan Individu Mempelajarinya Di Sini... Sejak 2010!
"Hasilkan Web Gaya Korporat & Profesional Dengan Joomla! 3.5.x Mengikut Piawaian ProBE 5 Bintang Untuk Jabatan atau Syarikat Dengan
Ciri & Rekabentuk Responsive!"
ProBE - Provider Based Evaluation Report
(Penilaian web kerajaan yang dilakukan oleh pihak MDEC dan MAMPU)
Apa itu Joomla? Saksikan video di bawah:
Powered by Translate
Pilihan No#1 di Malaysia: Ratusan Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan Kerajaan dan Individu Mempelajarinya Di Sini... Sejak 2010!
"Hasilkan Web Gaya Korporat & Profesional Dengan Joomla! 3.5.x Mengikut Piawaian ProBE 5 Bintang Untuk Jabatan atau Syarikat Dengan
Ciri & Rekabentuk Responsive!"
ProBE - Provider Based Evaluation Report
(Penilaian web kerajaan yang dilakukan oleh pihak MDEC dan MAMPU)
JADUAL KURSUS JOOMLA! DI LUAR LEMBAH KLANG!
26-28 JUL
2-4 OGOS
9-11 OGOS
16-18 OGOS
23-25 OGOS
Selangor
Penang
K.Kinabalu
Kuantan
Kuching
Apa itu Joomla? Saksikan video di bawah:
Daripada Meja Komputer: Zaki Yusof
Tarikh: Sabtu, Ogos 13, 2016
Per: Bina Web Profesional Dengan Joomla! 3.5.x Yang Responsive!
Tahukah anda?... Joomla! 3.5.x adalah 100% percuma! Joomla! 3.5.x adalah versi terkini.
Adakah ingin laman web anda disesuaikan dengan 'Mobile Ready' dan rekabentuk 'Responsive'?
Ini membolehkan laman web anda disesuaikan terus dengan mobile device seperti smartphone, ipad, ipod tablet dan lain- lain.
Joomla! 3.5.x Pilihan Yang Tepat!
Banyak syarikat dan organisasi di dunia memilih Content Management System (CMS) Joomla! sebagai laman web mereka kerana kelebihan Joomla! yang memang sangat praktikal dan mudah digunakan untuk sesebuah laman web dinamik / portal / korporat berbanding aplikasi CMS lain.
Menggunakan Joomla! tidak memerlukan anda menulis kod-kod pengaturcaraan kerana ianya telah lengkap dengan extension tertentu yang boleh terus digunakan secara 'plug' & 'play'. Memang mudah untuk membina sebuah laman web profesional dengan Joomla!
Sejarah Ringkas Joomla!
Nama "Joomla" diambil daripada perkataan bahasa Swahili (iaitu bahasa satu kaum di Afrika). Maksud Joomla! ialah "mari bersama-sama" atau "secara keseluruhannya".
Kebetulannya pula maksud Joom ini sama seperti bahasa Melayu ya! Apa maknanya tu ya? Bak kata Nabil.. "lu pikir la sendiri!" Adakah kita ada saudara berasal keturunan Afrika juga? atau maksud ini kebetulan sahaja? ...
Nama Joomla ini dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek berkenaan yang mempunyai ceritanya tersendiri mengenai sumber terbuka dan CMS.
Keluaran pertama Joomla ialah Joomla! versi 1.0 pada 16 September 2005.
Ternyata dari segi popularitinya, Joomla! lebih popular dan digemari penggunaannya sejak ianya mula diperkenalkan hinggalah sekarang. Ini kerana Joomla mempunyai komuniti yang aktif dan besar.
Komuniti ini sentiasa menyumbang sesuatu yang baru untuk pembangunan Joomla! itu sendiri. Sehinggalah versi terbaru Joomla! dibangunkan.
Di Malaysia...
Penggunaan Joomla! boleh dikatakan telah semakin popular. Kini semakin banyak Jabatan dan Kementerian kerajaan menggunakan Joomla! sebagai laman web Jabatan atau Kementerian mereka.
Kenapa? Sebab utamanya adalah Joomla! mudah memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh pihak MDEC atau MAMPU untuk sesebuah web kerajaan dan ianya boleh dikendalikan sendiri oleh kakitangan kerajaan (tidak bergantung kepada vendor).
Sebab lain pula kerana ianya PERCUMA! (kos yang paling minima). Namun yang percuma bukan bermaksud tiada kualiti.
Laman web tersebut berfungsi sebagai sebuah portal CMS yang mengandungi berbagai fungsi seperti pendaftaran ahli, video, pelbagai artikel, memuat turun dokumen, borang dan sebagainya.
Anda boleh lihat dan nilaikan sendiri laman web yang dibangunkan menggunakan Joomla! di bawah ini:
Siapa Gunakan Joomla!?
Antara Portal Kerajaan & Swasta Guna Joomla!
Dan Mendapat Taraf 5 Bintang
Jabatan Kerajaan
Swasta
www.treasury.gov.my
www.jpbdselangor.gov.my
www.mohr.gov.my
jtksm.mohr.gov.my
www.nahrim.gov.my
jaip.pahang.gov.my
www.insolvensi.gov.my
www.kelantan.gov.my
www.perlis.gov.my
www.penang.gov.my
...banyak lagi
www.sepangaircraft.com
www.malaysiaairports.com.my
www.plus.com.my
www.commercedc.com.my
www.malaysiandigest.com
...banyak lagi.
Nota: Capaian laman web di atas mungkin ada yang tidak aktif. Kami tiada kaitan
berkenaan capaian pada mana-mana laman web di atas kecuali laman web www.jomtraining.com.my
Memang terbukti keupayaan Joomla sangat mengagumkan selepas anda melayari laman web di atas kan! Anda setuju?
Sesuai dengan kemampuannya, ada di antara laman web tersebut telah ditambah keupayaannya mengikut citarasa organisasi atau syarikat tersebut. Pengubahsuaian tersebut boleh dilakukan menggunakan extension tertentu.
Inilah kelebihan Joomla! Banyak extension boleh digunakan. Extension ini boleh didapati secara PERCUMA!.
Banyak extension Joomla! boleh didapati secara percuma di extension.joomla.org
Logo rasmi Joomla! di bawah:
Laman web rasmi Joomla! adalah www.Joomla.org
Tonton video kelebihan Joomla! 3.5.x di bawah:
Keupayaan Joomla!
Antara keupayaan Joomla! yang boleh digunakan untuk pembangunan pelbagai jenis laman web:
Laman Web Korporat / Profesional
Portal Komuniti
Web Aplikasi Kerajaan
Majalah atau Suratkhabar Online
Laman Web Perniagaan
E-commerce dan sistem tempahan online
Laman Web keluarga atau individu
Pelbagai lagi laman web mengikut kehendak anda!
Kini Anda Boleh Membina Sendiri
Web Korporat Dengan Joomla! 3.5.x
Jimat Ribuan Kos Daripada Membayar Upah Kepada Pihak Luar!
Oleh kerana Joomla! boleh dimiliki secara percuma, maka sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Tidak kira samada individu ataupun syarikat. Saya memang sangat menggalakkan anda menggunakan Joomla! jika anda bercadang untuk membina laman web korporat atay profesional jabatan atau syarikat anda.
Anda juga boleh menawarkan servis membangunkan laman web syarikat atau individu yang mementingkan ciri-ciri profesional dan korporat. Joomla! adalah pilihan yang tepat!
Dengan menggunakan Joomla! laman web anda kelihatan profesional tetapi tanpa memerlukan sebarang kos! iaitu PERCUMA (melainkan anda hanya perlu membeli domain & hosting sahaja supaya laman web anda boleh dicapai di Internet nanti...)
Kini banyak syarikat hosting menawarkan pakej domain dan hosting yang murah dan menarik yang juga mengandungi perisian Joomla! 3.5.x bersama di dalamnya.
Sekiranya anda inginkan kemudahan ini, anda boleh membeli hosting jenis Linux yang mempunyai kemudahan CPanel.
KURSUS PRAKTIKAL
"Pembangunan Web Profesional
Joomla! 3.5.x ProBE & Responsive
(*Responsive bermakna paparan web sesuai dengan mana-mana
mobile device seperti smarphone, tablet, ipad, iphone dll.)
Siapa Patut Hadir ke Kursus Ini?
Kakitangan kerajaan atau syarikat yang ingin mempelajari Joomla! 3.5.x dengan cara yang betul dan berpeluang mendapat penarafan portal 5 bintang oleh MDEC.
Individu yang ingin menjadikan dirinya 'freelancer' dan boleh menawarkan servis pemasangan laman web profesional Joomla! 3.5.xkepada pihak yang berminat.
Organisasi yang ingin mendalami Joomla! 3.5.x dan menjadikan pembinaan laman web Joomla! 3.5.x sebagai satu bidang baru dalam perniagaannya.
Kakitangan ICT / bukan ICT syarikat atau Jabatan Kerajaan yang bercadang untuk membangunkan laman web syarikat yang profesional secara dalaman (in-house).
Pembuat keputusan sesebuah syarikat yang ingin melihat kemampuan Joomla! 3.5.x untuk sebarang projek yang berkaitan.
Kakitangan ICT / bukan ICT syarikat atau Jabatan Kerajaan yang telah mempunyai laman web Joomla! 2.5 atau 3.5.x tetapi tidak tahu menguruskannya.
No comments:
Post a Comment